Tuesday, June 30, 2009

.Kawan - word yang sangat meaningful buat saya.


Flashing back-zaman uni adalah zaman terindahku.saling tak tumpah dgn zaman matrik. "kemana tumpahnya matrik kalau tak ke universiti" - karam singh walia pasti bengkek kalo tau aku memperkotak katik kan peribahasa. Zaman-zaman ini seumpama zaman neolitik dan mesolitik yang perlu di simpan sebagai artifak terpenting. (sejarah b3 je dulu tapi sampai sekang aku maseh ingat).

Sesungguhnya rhendu menusuk-nusuk kalbu bila mengingatkan kembali kesah diriku dan kawan-kawan seperjuangan. Sampaikan tadi pabila aku melihat fara dgn gamba tunangan, suhailin dengan babynyaa yg chomel,aca sibuk2 urusan nak kawen,aku pulak naik sebak mebak secara medula oblongata. (luar kawalan). padahal baru kejap tadi ber'ym' dgn qiah, aku cakap "qiah aku sekang dah kuat. bukan ratu air mata yg ko kenal masa kt kuktem dulu. tp gaya tido belagak aku tetap sama tak pernah berubah". Qiah roomate terbaik aku. yang selalu suka dengar aku merapu. namun aku selalu jeles dengan bentuk badannya yg seakan erra fazira. tak sangka kau masih simpan gamba kita berdua kat kedai awex di dlm wallet. baik kau terangkan bebtul pd mak ko supaya dia tak salah anggap pd kita.(hehe) Qiah, hang boleh lupakan sesiapa saja except aku ok.(wajib)

Aku teramat menghargai setiap pengalaman yg aku ada dengan kawan-kawan. Mungkin sebab itu mama pernah bersuara kadangkala aku ni melebihkan kawan-kawan. Entah. secara default mungkin perangaiku begitu.kalau 'spesies kawan' ni takde dalam filem hidupku. dah tentu idupku dull. aku tak perlukan robot canggih seperti bumblebee mahupun optimus. yang aku perlukan : nurul husna, anika, siti normaziyah, fung ling,izni syarinaz, nur adibah, noor dahlia, noor hazlini, mohd zulfikri, mohd muaz, sharaain, nur zakiah, roslizawati, suhada amalina, fara nizah dan nama sekeadaan dengannya. (maaf tak tersebut)

Aku harus pulang. jika tidak, aku perlu masuk train seperti merebut bola rugby.
Terima kaseh kawan-kawan.
Terima kaseh kerana sudi berkawan.
Kamu terbaik dunia akhirat.

FYI

Handsome and Beautiful,

Pemberitahuan: http://missconfident.blog.friendster.com/

Merujuk kepada perkara di atas, ini adalah blog lama saya.
Terang cakap blog tahun lepas-lepas saya.
Siapa-siapa yang sudi nak retrieve cerita lama saya sila la window shopping di blog ini.
Ia nya F.O.C, no worries.

Sekian.
Selamat Menyambut Rejab.

Monday, June 29, 2009

.main course.


Surat dari hati.

Malam ni rasa biasa-biasa saja mungkin sbb sudah terbiasa. Duduk di rumah yg ku kira kini cukup selesa. Bergelak ketawa dengan housemateku ika dan un pun sudah ckup warnai hari-hariku. Ada saja loyar baru mahupun burukku yg pasti 'sunat' (dengar dapat pahala, tak dengar tak dapat apa-apa) utk mereka dengarkan tiap hari.
Syukur, aku tidak sepi.
Hidup untuk waktu sekarang,bukan untuk waktu lampau.
Untuk semua kesah terluka-paling-terlampau idupku, biarla ku simpan kemas dlm recycle bin hatiku. Tak perlu diungkit lagi tak perlu dikeluh lagi. Aku tak perlukan solution 'Total Recall' untuk retrieve semua data-data sedihku. Kini kembali hidup sendiri teruskan apa yg aku ada dan pada masa yg sama upgrade kan diriku. Terima kaseh atas pengalaman lalu yang mungkin secara tak lansung menguatkan diriku untuk terus melangkah. Tuhan tau apa yang terbaik. Dan aku akan terus mencari takdir terindahku.
At least aku masih mampu tersenyum dan ketawa melihat akan kebahagiaan yg kawan-kawan aku kecapi. Moga satu hari kebahagiaan itu akan hinggap pada dahan hidupku. (rasa macam sasterawati giler malam ni) .
Oh.mungkin aku perlu jadi snow white; telan beberapa epal beracun dahulu untuk aku bertemu dengan putera idaman.putera yang takkan melukakan hati. putera yang tau menghargai. putera yang takkan mensia-siakan hidupku.putera yang tau cakap-buat.yang paling pasti putera itu sayang aku seikhlas dan sejujur hati. Yang pasti dah lebey 3 kali epal beracun aku telan. Lepas ni tolonglah bagi epal yg non-poison kepadaku yer?

.appetizer.

Oh tuhan. Arini tetiba tergerak hati nak memblog smula.
Terkial-kial nak pkai blospot ni. Tapi ku gagahkan jua.
Kepada followers (masih ada ke followers?) , maaf takde history untuk tahun ni.
Ni entry pertama saya :p padahal dah tengah tahun.
badan pun tak kurus-kurus.
Seiring dengan entry pertama ni, saya mulakan diet sehat saya smula.
Saya gemuk, damn gemuk mcm kat matrix dulu.
Saya rasa saya dah tak kiut. Apatah lg chantek dan jelita. Jauh bbq dr api.
Being back to single, lots of things need to be improved.
Oh 2 weeks to go, aca's wedding.
Ada sesapa sudi nak jadi partner?