Monday, December 28, 2009

Song of the day


I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought
"Hey, you know, this could be something"
'Cause everything you do and words you say
You know that it all takes my breath away
And now I'm left with nothing

So maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one

I remember every look upon your face
The way you roll your eyes
The way you taste
You make it hard for breathing
'Cause when I close my eyes and drift away
I think of you and everything's okay
I'm finally now believing

That maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one
 

sunshine


sinar gemerlapan kamu
gelapkan semua lampu kalimantang di dunia ini
dan yang paling bahagia
bila limpahan sinar itu
benar-benar buat aku saja
biarkan dunia kecoh kata aku tamak
aku tak peduli...
asalkan kamu suluhkan aku tiap masa
tak perlu lagi kompas
utara selatan timur barat
aku jamin aku tak sesat.


kamu yang bertanggungjawab
atas setiap lorekan senyuman ini
kamu yang memandu
atas setiap jalan hidupku kini
kamu yang menyinar
tetap bersinar
di segenap ruang pelusuk hatiku ini.


aku rela jadi bunga di taman terlarang,
sebab aku punya kamu
'sunshine'ku ;)







kita hold tight together biar bumi terbelah sekalipun ya?
jangan lepas sampai kiamat.
promise you...











p/s: Dedikasi untuk aisha sunshine dan mr.brightside fitt . Stay together forever :)

Sunday, December 27, 2009

sayang di mana kamu?

Sayang,
kalau saya mampu
dah lama saya ke atas sana
pergi merangkai bintang-bintang
untuk menjadi sebuah kata
yang paling bersinar buat kamu
agar tercipta pelangi
tujuh warna di jiwa kamu
biar warna-warni hati kamu
kemudian pasti kau bawa aku ke awan
sebagai hiasan indah langit biru.

hari ini saya nak tulis nama kamu di udara dan
sedut udara itu dalam-dalam ke hati saya.
bisa kan? : )

p/s: psstt..untuk si 'sayang' saya yang sampai hari ini maseh tak ketemu : )

cinta hardware

monitor adalah wajah kamu,
yang sering aku sedekahkan senyuman rela ini.
ram jadi memory aku untuk kamu,
tanda ingatan ratusan Gigabyte yang tak berbelah bagi.
keyboard statik ini suara aku buat kamu,
suara yang lahir dari hati terpaling dalam.
mouse tetikus pintar yang meng'klik'kan pesan,
pesan-pesan ku di kala rindu buat kamu.
modem broadband ini nyawa ku,
yang menyatukan aliran dua hati bernama 'kita'.

sungguh mereka ini cuma hardware,
tapi jasanya cukup besar,
mereka ini...
penghubung 'dua hati'.


p/s: dedikasi untuk kawan-kawan saya yang sedang asyik dibuai chenta ;)

Friday, December 25, 2009

gadis depan laptop


gadis depan laptop
tersenyum girang
hampir hilang kelibat sepasang mata
sebaris gigi puteh mutiara terpamer
lesung pipit kecil di kiri pipi
walau tak jelas kelihatan
tapi..
cukup indah.
cukup sweet.

gadis depan laptop
ternganga luas tiga inci
lantas di tutup mulut yang telopong
selang detik dua tiga saat
ketawa terhambur lagi
hahaha!
cukup terhibur.
senyum diukir penuh seni.
berkali-kali.

gadis depan laptop
umpama di alam wonderland
bahagia sendiri
happiness sendiri
semuanya sendiri
tak kongsi-kongsi
hak milik cipta terpelihara!

gadis depan laptop
tak daya meneka
adakah mampu bertahan lama
Tuhan penentu segala.

gadis depan laptop
jadi begini
jadi begini hanya kerana...
kata-kata virtual di depan skrin..
aduh!




Saturday, December 19, 2009

It's a wind blows from Singapore.

psst..
i am at changi airport right now.
yes, as a miss independent..I just realized that I was not alone actually.
Allah always with me ever and ever and alhamdulillah I still survived until now.
Thanks to Allah.
It's pretty cool as they provided internet access in the boarding room.
else.. I'll be bored to death for sure.
just can't wait to be back in KL and having a routine lifestyle :p
and yeah tommorow, we're going to Batu Pahat to catch up with Adzura's wed.
I always have the over-excited feeling when it comes to my friend's wedding.
hopefully this short trip could works wonder. : )

Thursday, December 17, 2009

gadis jendela

gadis di jendela
memandang langit bertanya
akan bilakah kan sembuh luka
berselingkuh dengan bulan
gadis itu bermanja
kerana dalam jiwanya
sudah tiada siapa-siapa
mungkin rindunya tak bersambut
pekat malam tak bisa memujuk
lara merayu pinta menjauh
kejam caturan dirasa luluh
hancur
masa berlari tapi dia merangkak
tiada kesempatan begini lagi
apa yang terang berdiri baru tadi
tinggal kabus


© Copyright Nurul Dayanna Norji, 2008. All Rights Reserved.


p/s: it's all about me...

Saturday, December 12, 2009

J i w a K e l a j u a n.

In my life there's been heartache and pain,
I don't know if I can face it again..
I can't stop now, I have traveled so far..
To change this lonely life..


I wanna know what love is?
I want you to show me.
I wanna feel what love is ?
I know you can show me.









Anyone? huh.

Friday, December 11, 2009

25 years , 25 facts.

Since I'm already 25, so these are the 25 facts I think you guys should know about me :p
in other words.. tak kenal maka tak chenta :p hihihi
Have fun reading this.
Kalau perlu salin....salinlah! :p


1. Kalau bulan puasa, dia suka sangat cari air mata kucing dengan kuih badak berendam.

2. Dia suka beli barang yang nampak unik dan lain dr yg lain.

3. Suka makanan yang crispy-crispy.

4. Kecik2 seorang yang pendiam dan pemalu..bukan joker loyar buruk seperti sekarang.

5. Kecik2 filem hidup tak gitu indah. mudah dibuli. gitu juga dgn filem hidup sekarang. selalu dilukai.

6. Tapi ada family yang sangat harmoni dan bahagia. Dia bersyukur.

7. Dia rasa dia bukan kakak dan anak yang cukup bagus. Paling banyak menghabiskan duit mak bapak.

8. Selalu jadi advisor kepada kawan-kawan dlm membeli barang.

9. Seorang yang setia dalam bercinta. Tapi cinta selalu khianati dia.

10.Seorang yang sangat suka gelak dan tertawa. Petua awet muda.

11.Tapi kadang-kadang boleh juga jadi ratu air mata.

12. Suka sangat tengok citer P.Ramlee over and over again sampai gelak guling2 atas carpet.

13. Cita-cita umur 4 tahun nak jadi Tuan Puteri.

14. Dari dulu nak punya badan mcm erra fazira tp usaha tak cukup gigih.

15. Dia bersyukur dengan kerjaya sekarang.

16. Dia berdarah kacukan cina-melayu.

18. Tapi tak pandai cakap bahasa cina. Rugi kan?

19. Hari-hari belajar pujuk hati.

20. Suka drive laju-laju dalam keadaan selamat. :D

21. Jiwa dia 80% Melayu, 20% Cina.

22. Ada cik satria kaler biru terang - jauh sebatu pun org dah nampak.

23. Suka sesuatu yang cantek2 dan cute2 - lumrah wanita.

24. Bukan pendendam - mudah melupakan.

25. and the last thing is the harderst part to tell is >> saya ni cacat bongkok! hahaha

Rely on me

Jumaat yang cukup slow arini.
Baru pukul 4 petang, tp kaki dua-dua belah dah rasa ringan nak cabut balik.

Paling lemah bila pk nak pack baju. Oh esok dah kena start packing.
I'll be off to SG this Monday. Yes. and i'm alone again.
Hati takde semangat langsung nak pegi tp bila fikirkan untuk keje,
untuk belajar benda baru - wajib pergi.

Biarpun belegar di KLIA sorang-sorang,
tunggu kat boarding room sorang-sorang,
dalam flight sorang-sorang,
check in di hotel sorang-sorang,
kamu dah biasa kan yakin?
yep, dah beberapa kali begitu.
Insya Allah.

Cuma di jamin bosan kerana tiada peneman.
at least berdua kan lebih baik.
macam di bandung tu, aku sangat meriah dgn dibah.

ah jangan ikutkan perasaan kamu tu sangat.
kamu pergi utk ibadah kan? kerja kan?
oleh itu, kamu perlu dedicated.

Lagipun tengah2 sengkek ni di hantarnya ke Kota Singa.
Memanglah tgh YES sekarang,
tapi aku ke sana mcm org miskin.
tukar duit pun dapat ciput je.
ah tak adil sungguh.
mmg takde istilah 'shopping' dekat sana.


Kota Singa, happykan aku nanti ya!

k u a t



bila bimbang duka itu selalu menerpa,
aku perlu kuat.

bila bimbang suka itu seketika,
aku perlu kuat.

kau dan aku sama,
kita sama-sama perlu kuat.

sentuh jiwa lemah longlai ini,
selami jiwa penuh gelombang ini,
rasakan jiwa kelajuan ini.

ia-nya cukup-cukup kuat.
kerana ada kamu,
Tuhanku.

Thursday, December 10, 2009

h a p p y

i am happy!

extremely happy!


dah lama tak happy mcmni.


last happy pun tak ingat bila.


thanks kepada tukang happy.


u made up my day!


happy!

happy!
happy!



:D

: )

; )

Tuesday, December 8, 2009

E k s p e r i m e n I k a n

Dengan yakin nya semalam ke pasar malam beli ikan.
Bukan untuk di goreng.
Ini ikan hidup untuk dipelihara.
Berlagak beli ikan emas. Nama pun dah 'mahal' , dah sah-sah payah nak jaga.
Dalam hati nak beli gapi, tapi gapi rating harga tinggi.
Nak beli laga, takut nanti di rumah asyik wujud suasana berlaga je dgn ika. kan ke tak baik.hihihi.
Oh malang memang tak berbau, pagi-pagi tadi dah kena buat suara lantang dekat maz yang tengah bersiap pergi keje, "Maz!!! Ikan aku dua ekor dah kiok!"
Confius.
Terkesima.
Takkan sebab jaga pokok mati, bela binatang pun nak mati.
Walhal niat dah cukup suci.
Aduhai tangan environmental ni tau.
Maka aku terpaksa mengebumikan 2 ekor ikan comel tu ke dalam tong sampah.
Sekali lagi petang tadi, setelah pulang dari keje, diyana dah tunggu depan grill pintu,
"Kak yakin, ikan mati lagi. Banyak!!!"
Alamak, seperti yang dijangka.
Setelah di kira dengan kalkulator semuanya ada 8 ekor yang dah mati.
Baki 11 ekor yang bernyawa.
Aku tak sanggup tengok ada yang terkorban lagi.
Walaupun kecil hanya seinci,
tapi itu melibatkan sebuah nyawa.

Hipotesis : Ikan takkan mati jika dapat oksigen yang cukup.

Hasil: Ikan mati.

Kesimpulan:

Ikan mati mungkin kerana tak cukup oksigen.
Ikan mati mungkin sebab tempat terlalu sempit.
Ikan mati mungkin sebab mereka ada sawan.
Ikan mati sebab tauke ikan bagi ikan saket.

Berdasarkan kesimpulan yang dibuat,

Tindakan: Segera pindah alih semua ikan-ikan ke dalam bekas yg JLP lebih besar.
Yang pasti, air dah anti-chlorine, makan dah bagi.


So, kalau mati lagi lepas ni?

Tauke ikan yang salah. :p

cik tekak dan cik perut.


kehadapan cik tekak,
kenapa selera kau luas sangat?
segala jenis kau nak sumbat?
puas cik otak halang.
tapi cik tekak macam lalang,
bila cik hati pujuk.
ishh cik hati.. kau sungguh bertanduk.

sebab tu org kata,
ikut hati..mati.!


kehadapan cik perut,

sudah-sudah lah,
mengalah lah.
kasihan dengan keadaan kau.
sebab cik tekak kau jadi mangsa.
mana nak letak 'umah apartment' tu?
memang lah mewah.
tapi tak mewah di mata pandangan orang.
malu lah sket,
kesian la kat empunya badan.
silap-silap ari bulan di sangka dah 3bulan.

oh coklat :(
oh white coffee :(
oh starbucks :(
oh cempedak goreng :(
oh nasi lemak :(
oh cheeze choc cake :(
oh banana choc cake :(
oh mcD :(
oh pizza :(
oh ayam goreng pon sodap! :(

ini semua fav cik tekak!
p/s: sebenarnyaa banyak lagi.
in fact,cik tekak hanya tolak batu dan pasir.

mungkin dah sampai masanya,
kau perlu berpisah.
cik tekak,
sila declare break-up dengan semua di atas!
bye-bye!

janganlah bersedih,
berikut adalah couple2 baru anda,

say hi to green apple. :)
say hi to sup sayur/salad :)
say hi to air suam. :)
say hi to mihun sup. :)
say hi to wholemeal bread. :)

kehadapan cik tekak dan cik perut,
kalau nak ubah title 'cik' tu ke 'puan',
akurlah,
berubahlah,
nekadlah,
pasti kau boleh!


p/s: aizat idola tempatan saya. he's awesome dapat kurus camni. utamakan produk buatan Malaysia. hihihi ;)

Monday, December 7, 2009

Show me what to do.

There are moments when I don't know if it's real.
or if anybody does feels the way I feel?


I need inspiration.

Friday, December 4, 2009

I just haven't met you yet

cari bahagia,
tak kunjung tiba.
cari lagi,
cari lagi,
tak penah lali.

mungkin kadang alpa,
dengan apa yang ada.
belajar syukur,
sebelum tersungkur.

hidup hanya sekali,
tiada kedua kali.
nyawa hanya satu,
ingat pada yang Satu.

sabar menanti,
masanya kan tiba nanti.
jangan menyerah,
gandakan doa yang ditadah.


"Wherever you are.. Whenever it's right..
You come out of nowhere and into my life

And I know that we can be so amazing
It's just..

It's just I haven't met you yet "
♥