Sunday, July 8, 2012

I Run To You



This world keeps spinning faster
Into a new disaster so I run to you
I run to you baby
And when it all starts coming undone
Baby you’re the only one I run to
I run to you

Friday, July 6, 2012

Tentang Hari Ini

Izinkan aku ke langit sebentar 
Dibalik pekat malam ini
Berjumpa dan berbisik pada sang bulan
Ceritakan segala tentang hari ini


Tentang dia yang menakluki segala rasa
Tentang dia yang kerap kali muncul di ruang minda
Tentang dia yang menawan 
Tentang dia yang budiman
Tentang dia yang penuh gaya
Tentang dia yang magik seperti ahli silap mata
Tentang dia yang selalu buat aku terleka
Tentang dia yang selalu buat aku senyum penuh suka
Tentang dia yang selalu buat aku tersipu malu
Tentang dia yang selalu buat aku bermimpi indah
Juga tentang pandangan matanya yang simpan seribu makna

Cerita segala pada bulan tanpa rahsia
Sebelas sebab kenapa dia sungguh istimewa
Biar cahaya kau jauh lebih terang malam ini
Seri dan cantikkan seluruh alam ini


Kalau aku ini 'ubat' segala
Kau pula 'penerang' segala




p/s: 
Kamu
Kamu selalu buatku tersenyum sendiri  : )



NT 
Moment 5 Julai 2012



Wednesday, July 4, 2012

Sang Magik

Hari ini aku  ketemu sang magik

Sungguh terkesima

Sungguh mempersona

Dia maniskan seluruh jiwa

Dia semangat seluruh raga


Ingin saja aku ceritakan segalanya

Namun tiada kata dapat menggambar rasa

Maafkan aku

Dia terlalu istimewa.


p/s: Aci tak jadi ubat pening?







Sunday, May 13, 2012

Belog dalam belog

Belog dalam belog selepas lama tak kemaskini belog.

Terpukau baca entri blog dari Farah Lee ni.

Hurmm..tarik nafas dalam-dalam.

Sunday, March 4, 2012

Rapuh

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada-MU
Namun cinta dalam jiwa hanyalah pada-MU


Maafkanlah bila hati tak sempurna menyintai-MU
Dalam dada ku harap agar diri-MU yang bertakhta


Detik waktu terus berlalu
Semua berkhir pada-MU




Ampuni dosa-dosaku Ya Allah. *tears*

Thursday, March 1, 2012

Mac

Mac datang lagi akhirnya
Hakikatnya aku benci Mac
Sebab Mac tahun lepas beri aku harapan palsu
Mac tahun lepas hampir buat aku tersungkur menyembah bumi

Setahun berlalu juga akhirnya,
Tapi Mac kali ini aku harus senyum lebar-lebar
Sebab Mac kali ini Husna menemukan kebahagiannya

:)

Selamat Pengantin Baru Husna & Shahrul
Semoga bahagia kalian berdua hingga ke syurga.


Aku?
Masih menanti moga ada Mac yang lebih manis,
Jika di izinkan Allah.

Wednesday, February 29, 2012

Kejam

bercanda dengan puisi dan kata

aku sangka lebih indah

aku fikir lebih mudah

dari menelan kata-kata dusta

menyambut salam rindu palsu

yang penuh tipu daya


kejam.

Tuesday, February 28, 2012

When I See You II

When I see you
badan seolah jadi ringan terapung
terawang-awang di ruang  udara
bagai hidup di angkasa lepas

When I see you
aku rasa mahu jadi jurugambar
curi-curi tangkap wajah kamu sepanjang masa
tayangkan di semua suratkhabar

When I see you
aku rasa umpama tertelan madu
maniskan hidup yang selalu tawar
sihatkan hidup yang selalu sakit

kerana when I see you
kau tenteramkan seluruh jiwa
dunia jadi aman seketika.

Friday, January 13, 2012

When I See You

Tajuk : When I see You


Kerana kamu
Aku masih kembara
Mendamba kasih paling setia
Tanpa satu saat putus asa

Biarlah sendiri untuk sementara
Senyap-senyap simpan mimpi ini
Di balik-balik jiwa yang luka
Yang aku pasti ada pengubatnya

Because nanti,
When I see You
Aku percaya kau penyaman udara
Yang sejukkan hati gundah gulana

When I see You
Aku tahu kaulah bintang sembunyi
Yang punya cahaya paling indah
Untuk suluh hatiku
Hati yang sungguh penakut
Untuk berkongsi lagi

Puisi ini bukan puisi semata
Moga suatu hari kau terbaca,
Encik Jodoh bin Takdir



See you soon!


p/s: Ilham tajuk dari seorang sahabat tapi diperap lama akibat ilham contentnya entah ke mana. Akhirnya, ini hasilnya :p