Friday, July 15, 2011

Malam Nisfu Sya'aban

Esok malam adalah malam Nisfu Sya;aban.
Jom kita puasa sama-sama dan esok malam tak rugi berjaga pohon ampun banyak-banyak kepada Allah atas salah silap kita selama bernafas dalam bumi ini.
Lagi pun kan weekend esok :)

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. 
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib.
(15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)


p/s: Terasa Ramadhan semakin dekat menghampiri kita . 
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.

Monday, July 11, 2011

Hingga saat ini

Aku cuma seorang wanita yang masih tercari-cari kebahagiaan hakiki



Sehingga saat ini ...

who do you think you are

Who do you think you are?

Kau cuma anasir luar yang takkan pernah di undang lagi. Jangan sesekali hampir lagi dengan hidup aku.


Walau seinci.
Walau dalam mimpi.


Sungguh, aku dah benci.

Thursday, July 7, 2011

cuma mimpi.

Sayangnya,
kita cuma bertegur sapa dalam mimpi.



Realitinya,
bulan takkan jatuh ke riba.

Wednesday, July 6, 2011

sudah sudah sudahlah

Sudahlah! Malas jadi stalker, dia pun bukan reti reti nak mesra dengan kita.

Dia sombong.


Kita ni siapa, dia tu kan femes macam retis.



p/s: Pukul hati sebab tak reti bahasa.

Sunday, June 19, 2011

Suatu Masa

One of my fav song from M.Nasir. Fav song Dato' Siti Nurhaliza jugak rupanya. Same taste hahaha.
Very nice song & lyric.


Untuk 'someone' yang masih belum aku temui sampai saat ini.
Suatu masa nanti, insya-Allah.

Monday, June 13, 2011

Setahun berlalu

13th June 2011.
Ini bukan kisah raya yang setahun berlalu, tahun ni datang lagi. Cuma kisah ini dah gone forever.
Sebetulnya genap setahun hari ini, perlulah jadi hari yang sungguh indah dan boleh di sambut-sambut seperti orang lain selalu buat. Tapi aku bukan macam orang lain. Dan aku ingat , nasib orang berbeza-beza.
Kalau waktu begini seharusnya sudah mengecap impian setiap wanita dalam dunia ini, tapi kisah aku tergendala. Terkucil sedikit dan menghadapi ujian kecil. Tidak besar. Aku masih mampu bernafas biasa dan alhamdulillah, aku kuat walaupun aku tak minum MILO MENUM ANDA JADI SIHAT DAN KUAT.

Waktu ini aku rasa nak pinjam sayap burung kenari terbang ke awan duduk sendirian di celah-celah kepulan awan putih, bouncing-bouncing dari satu awan ke satu awan sambil menghirup udara nyaman di atas sana tanpa pedulikan apa yang berlaku di bawah. Yang penting hati berasa lapang dan happy :) Malangnya, please live in fact, so you wont dream too much.

Terima kasih untuk ayat dari seorang yang aku memang dah anggap macam abang aku sendiri, walaupun ni ayat trade mark bapak dia semasa dia pernah putus cinta dengan X-gf dia yang kat US dulu.

"Percayalah setahun dari sekarang kau akan berada dalam situasi yang amat gembira sampai kau bersyukur setahun yang lalu itu berlaku."
(tanpa suntingan, copy dan paste semata-mata)


Abg Joe you rawk me!

Thursday, June 9, 2011

Lagu Jiwang


Nafasku terhenti bila melihat dirimu...Ayok!!!
Ehem lagu jiwang ni macam sedap pulak selepas dengar 100x pun tetap sudi.
FYI, single terbaru daripada Nera AF9.
Enjoy
:)



Ini juga amat menarik! :D
by Taio Cruz

Wednesday, June 8, 2011

Yiehaa Yakin update blog!

Mintak maaf selaku follower sebab belog ini amat tak berjaga.
Akan berusaha untuk lebih komited terhadap belog ni, mungkin dengan kadar purata seminggu sekali akan dihapdate.
Kalau di lihat dari facebook memang aktif tahap gaban dan aksi-aksi Yakin lebih ceria la konon. Tapi jikalau dalam belog ini mungkin lebih dari hati ke hati dan ke hati dan ke hati. Banyak kan hati? Jadi sila hati-hati :p

Alhamdulillah untuk May yang ceriaful dan penuh dengan schedule. Yakin juga telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menconteng tangan-tangan bakal perantin. Ada kedai virtual di Yakin's Henna Service yeayea! :) Upacara potong ribbon masih belum dilaksanakan kerana belum ada sponsorship haha. Idea ini datang tiba-tiba apabila memikirkan cara untuk menjadi insan yang lebih berguna. Agak penat tetapi worth dan enjoy dengan apa yang dilakukan.
Terima kasih juga kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan tak pernah henti-henti.

Oh dan juga update terbaru dengan poem 'irama hati' dan 'aku perempuan cerewet itu'. Sudilah sekiranya baca dengan penuh perasaan dan tawaduk :p waaa Yakin dah pandai buat link-link promosi. Haha.

Tak lupa, untuk semua yang selalu dan tak putus-putus support Yakin dalam facebook, terima kasih tak terbelah bahagi dua campur tiga pecah lapan diucapkan. Yakin amat appreciate anda semua walaupun Yakin bukan artis.

Terima kasih banyak-banyak-banyak dari hati. :)

Monday, April 18, 2011

Kemon yakin..kenapakah sejak dua tiga sejak ni dapat penyakit susah nak lelap mata.
Jeles betul aku tengok husna dengan sambil lewa nak tido pun dapat tido dengan lena begitu cepat sekali. Bila jaga seorang diri, macam2 otak hantar isyarat berfikir. Tentang itu. Tentang ini. Tentang yang dah sudah. Tentang yang belum sudah. Aduhai..tapi bagus jaga malam2 begini buat aku lebih fikirkan Tuhan. Looking forward untuk May yang lebih penuh schedule.

Ya Allah moga hari esok aku akan lebih semangat dan ceria dari hari ahad semalam yang dull sungguh sebab makan maggi kembang jer. :p

Signing off. Gudnite semua.

Monday, February 21, 2011

Cinderella Malang

Malam ni hidup rasa sendirian berhad.
Saya rasa saya hilang segala.
Impian baru sungguh kelam dan kabur.
Saya tahu saya tewas lagi dengan perasaan kali ini.
Sungguh, saya sudah sakit dan letih.
Sesungguhnya saya cinderella malang yang silap meninggalkan sepatunya.

Thursday, February 17, 2011

Rindu hidup gula-gula

Hari ini saya rasa hidup saya sungguh pahit macam petai tanpa lemak. 
Iaitu pahit semata-mata.
Saya tercari-cari mana hidup gula-gula saya yang dulu.
Yang senyum dan tawanya sungguh ikhlas dan tidak berbaur unsur rasuah.
Sedangkan waktu-waktu begini, jika disogok rasuah sebesar mana pun.. naahh handbag coach mahupun LV mahupun Gucci , ataupun kereta baru idaman saya, kesimpulannya saya tetap tak happy atau keberkesanannya seketika cuma.
Mungkin pendekatan saya pada Tuhan tidak sepenuhnya, walhal itulah perkara utama yang perlu dilakukan dalam hidup sebagai hamba-Nya.
Namun saya bersyukur Allah masih sayangkan saya dan beri saya hal-hal yang terbaik dalam hidup walaupun tak lepas dari rintangan secara bergilir.

Saya rindu hidup gula-gula saya.
Semoga satu hari nanti Allah pulangkan kembali diwaktu saya benar-benar memerlukannya.

Monday, February 7, 2011

So much for my happy ending

Let's talk this over
It's not like we're dead
Was it something I did?
Was it something You said?
Don't leave me hanging
In a city so dead
Held up so high
On such a breakable thread

You were all the things I thought I knew
And I thought we could be


You were everything, everything that I wanted
We were meant to be, supposed to be, but we lost it
And all of the memories, so close to me, just fade away
All this time you were pretending
So much for my happy ending

You've got your dumb friends
I know what they say
They tell you I'm difficult
But so are they
But they don't know me
Do they even know you?
All the things you hide from me
All the shit that you do

You were all the things I thought I knew
And I thought we could be


It's nice to know that you were there
Thanks for acting like you cared
And making me feel like I was the only one
It's nice to know we had it all
Thanks for watching as I fall
And letting me know we were done

Thursday, January 6, 2011

6 bulan.

6 bulan terbiar.
6 bulan juga hati macam tak tahu nak kata apa.

Kita lihat sajalah nanti bagaimana.

Sebab saya tahu,


Takdir Tuhan penentu segala.