Friday, July 31, 2009

Hari Terakhir Bulan Ketujuh



Hari ini hari terakhir Julai.
Semalam tido sorang-sorang.
Esok nak balik kampung naik bus.
Lusa nak makan cempedak goreng dekat kampung.
Tulat dah balik KL smula.


August,
Tiada lagi tangisan.
Mari ubah mentaliti.
Mari buka hati luas-luas.
Moga ramadhan kali ini lebih bermakna.

Friday, July 24, 2009

Surat Untuk Tuhan


Lontarkan

....kalau tidak ia beracun

Kongsikan

....walau hanya pada awan-awan

Hidup tak selalunya lawa
Tak selalunya ada pelangi
kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
kadang-kadang...bilamana 'malapetaka' itu datang
terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
rasa macam dah tak mampu bangkit
rasa macam dah tak mampu hela nafas

namun Allah takkan bebankan hamba-Nya
dengan sesuatu yang dia tak mampu!

biarpun hanya awan yang sudi mendengar
biarpun burung-burung tidak faham dengan kicauan diriku
namun sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui segalanya

antara hasad dan dengki
antara dendam dan kesumat
antara kuasa hitam dan kuasa gaban
namun kuasa Tuhan yang Maha Besar mengatasi segalanya

Ya Allah,
Engkau sisihkan semua aral melintang di hadapanku
dan buat terang seluruh jalan hidup untuk melangkah

Amin Ya-rabbal Alamin.

Ini Adalah Ralat

Handsome and Beautiful,

Pemberitahuan ralat.
Saya meminta maaf atas khabar berita bahawa Yasmin Ahmad telah meninggal semalam berikutan info yang diterima melalui www.bloghiburan.com
Untuk berita terkini, beliau kini berada di ICU. Untuk kesahihan yang jitu lagi tepat, kita tunggu je laa berita daripada televisyen atau radio. Mari sama-sama doakan kesejahteraan beliau.

Thursday, July 23, 2009

.Bulan Ketujuh sebelum Bulan Kelapan.

Ampun dan maaf dipinta walaupun raya belum tiba.
Sungguh lama tak update blog.
Maklumlah agak bz (buat-buat busy).

Eh nak citer hal semalam boleh? Semalam seronok walaupun kaki dah nak tercabut bejalan-jalan melihat alam dengan cik adibah. Mesti lah seronok sebab port dia dekat masjid india. Kami dengan sewenang2nya telah tershopping baju raya. Padahal hajat sebenarku nak cari tudung sulam tangan tu je! Baju raya kali ni ala kadar je tapi mesti nampak menarik. Aku telah terbeli kaler hijau-biru-purple. satu adunan kaler dalam satu baju. ok la kan? nak tengok? suprisee! tunggu raya nanti. Baju raya keduaku, aku akan gunakan kain batik masa beli kat t'ganu kawen ain tahun lepas utk buat kain (kaler kuning gold). Nanti baju dia cari plain chiffon je untuk di mtachkan.Aku berangan nak buat kebaya kalau aku dapat jadi kerengga smula. Kebaya labuh yang sangat simple tapi mempamerkan kesopanan. Cutting mesti cun sebab mamaku yang jahitkan.

Oh tahun ni taknak 'membazir sangat' sebab nak 'membazir sangat' semasa ke Bandung nanti.hahaha.oh namun kena clear up dulu utang PTPTN.kalau tidak aku senasib dengan si Faizal Tahir.

Eh nak citer hal yang wiken lepas pulak boleh tak?? hehe sebab banyak tak update kan..korang layan je laa yer para followers :p owh sabtu lepas sangat teruja pegi tgk Malaysia vs Man Utd. Syiok laa tgk live. Tatkala aku tak pernah minat bola sebelum ini. Arakian dah terminat Man Utd plak sejak-sejak ni. Maaf kerana meramaikan fan MU ;p (matju mesti sangat bengkek jika dia membaca) hahaha.

Arini maseh berpuasa ganti. Maseh ada 4 ari untuk di bayar. Muka pun sememeh je. Badan lemah longlai. Padan muka. Sapa suruh tak ganti awal-awal. Balik taktau nak berbuka apa. Mungkin keluar dating bersama ika buka di luar. Yang pasti 'haram' makan fast food.

Kawan-kawan, jom laa soping raya awal-awal. Nanti dah masuk ramadhan agak payah nak soping :)

Kawan-kawan, raya jangan lupa datang rumah.

*Arini yakin agak ting tong asyik fikir raya je.*

Thursday, July 2, 2009

.Khamis yang mulia.

Tolonglah. Arini macam letih semacam.
Ngantuk sangat sampai tgh con-call pun aku boleh masuk mimpi.
Dah lama tak kena penyakit macamni.
Ini lah bahana taknak ganti puasa awal-awal.
Pukul 9 pagi dah terbayang-bayang juadah nak berbuka.
Jeng jeng jeng ....! Tanpa segan silu rasa nak makan pizza.
Terus set dgn un. Un terus setuju 120%.
Ish. Janji lepas makan pizza kitaorg jogging wiken ni. Janji.

Arini,un tinggal hp dia kat umah.
Pagi tadi aku bangun subuh sasau-sasau tengok un dah takde.
Dalam mamai aku boleh punya imaginasi un kena culik sbb terpandangkan hp dia ada kat sofa.
Rupa-rupanyaa jeans aku dia dah pkai pegi keje. Benar lah. Takkan kena culik sempat tuka seluar tido pkai jeans. :p

Ika pegi penang menunaikan kerja dgn boss dia. Ika kejam. Pergi penang terus cuti ke cameron.
Tapi aku dah pesan cactus. Aku rasa cactus pokok yang paling susah mati. Oleh itu,ada potential untuk hidup lama atas jagaan aku. Un pula berlagak cam minah saleh pesan strawberi. Padahal durian dengan manggis pun dia hantam :p aduh. semua sedap bila perut lapar ni.

Aku masih tunggu placement baru. yang pasti aku takkan dapat stay dengan placement sekang.
Tadi boss aku yang rock dah bagi kata-kata perangsang. Yeah. aku ok. tak kesah la memana aku berada. Janji aku tunjuk aku boleh buat. Yang penting aku belajar benda baru;kumpul-kumpul=pengalaman yang sangat berharga.

Yasmin. Kalau aku ada duit banyak tak perlu susah-susah kita mintak loan. Dah tentu aku tanggung semuanya. Moga loan kau approve. Ada la sorang adik beradik kita yang ke oversea. Moga rezeki berpihak padamu.
Lagipun dah tentu ada kesempatan aku buat road tour ke UK nanti. pasti ko boleh belikan aku bmw di sana nanti :p

Oh pizza tunggu daku..la la la!

Wednesday, July 1, 2009

.Aku rasa aku tak memilih.

Im okay
Im okay
Im okay
Im (not) okay.

Dia boleh pergi mati. Mati dr hidup aku.Syoohhh! Pergi jauh-jauh!
Dia tu good-for-nothing.
Harini dia boleh kata 'sayang'.
Esok2 dia kata boleh kata rasa tu dah hilang.
Hahahahaa
Lusa-lusa eh? dia dah ada 'yang lain'.
Konon caring pada 'yang lain'.
'Yang lain' tu rasa bersyukur tahap gila jumpa dia.
Oh. 'yang lain' taktau lagi true color dia.
Kesian 'yang lain'.

Dia ingat aku boneka?
Dia fikir dia hebat sangat?
Betul kata kawanku
Dia tak layak untuk aku.
Dia 'cacat'.
Dia siapa?
Aku siapa?

Hati,
Mari kita cari cinta baru.
Cinta yang bermakna.
Cinta yang bukan tipu-tipu macamni.

Im okay
Im okay
Im okay
Im (real) okay!