Tuesday, June 30, 2009

.Kawan - word yang sangat meaningful buat saya.


Flashing back-zaman uni adalah zaman terindahku.saling tak tumpah dgn zaman matrik. "kemana tumpahnya matrik kalau tak ke universiti" - karam singh walia pasti bengkek kalo tau aku memperkotak katik kan peribahasa. Zaman-zaman ini seumpama zaman neolitik dan mesolitik yang perlu di simpan sebagai artifak terpenting. (sejarah b3 je dulu tapi sampai sekang aku maseh ingat).

Sesungguhnya rhendu menusuk-nusuk kalbu bila mengingatkan kembali kesah diriku dan kawan-kawan seperjuangan. Sampaikan tadi pabila aku melihat fara dgn gamba tunangan, suhailin dengan babynyaa yg chomel,aca sibuk2 urusan nak kawen,aku pulak naik sebak mebak secara medula oblongata. (luar kawalan). padahal baru kejap tadi ber'ym' dgn qiah, aku cakap "qiah aku sekang dah kuat. bukan ratu air mata yg ko kenal masa kt kuktem dulu. tp gaya tido belagak aku tetap sama tak pernah berubah". Qiah roomate terbaik aku. yang selalu suka dengar aku merapu. namun aku selalu jeles dengan bentuk badannya yg seakan erra fazira. tak sangka kau masih simpan gamba kita berdua kat kedai awex di dlm wallet. baik kau terangkan bebtul pd mak ko supaya dia tak salah anggap pd kita.(hehe) Qiah, hang boleh lupakan sesiapa saja except aku ok.(wajib)

Aku teramat menghargai setiap pengalaman yg aku ada dengan kawan-kawan. Mungkin sebab itu mama pernah bersuara kadangkala aku ni melebihkan kawan-kawan. Entah. secara default mungkin perangaiku begitu.kalau 'spesies kawan' ni takde dalam filem hidupku. dah tentu idupku dull. aku tak perlukan robot canggih seperti bumblebee mahupun optimus. yang aku perlukan : nurul husna, anika, siti normaziyah, fung ling,izni syarinaz, nur adibah, noor dahlia, noor hazlini, mohd zulfikri, mohd muaz, sharaain, nur zakiah, roslizawati, suhada amalina, fara nizah dan nama sekeadaan dengannya. (maaf tak tersebut)

Aku harus pulang. jika tidak, aku perlu masuk train seperti merebut bola rugby.
Terima kaseh kawan-kawan.
Terima kaseh kerana sudi berkawan.
Kamu terbaik dunia akhirat.

2 comments:

  1. thanks 4 being my fren too... :-)
    when laughing...:-D
    when smiling.. :-)
    when i sad... :-(
    when i cry... :_(
    Friends are da best among others...

    ReplyDelete
  2. 1 person like this:

    Terima kaseh kawan-kawan.
    Terima kaseh kerana sudi berkawan.
    Kamu terbaik dunia akhirat.

    ReplyDelete