Showing posts with label heart. Show all posts
Showing posts with label heart. Show all posts

Friday, January 8, 2010

laporan ramalan kaji cuaca

ramalan kajicuaca
kata aku kan jatuh cinta
oh tapi tak pula beritahu
dengan siapa...

jadi

aku berlari-lari dalam hujan
basah lencun tubuh ini
aku berjemur tengah panas
hitam legam kulit ini
untuk cari peluang
temukan si dia.

tapi aku yakin
si dia ada di situ
antara musim panas dan hujan
dia tetap statik di situ
takkan beranjak.
aku yakin.

time will tell...

by:: yakintan
28 December 2009


p/s: post last year tapi kurang ingatan nak post kat sini. hihihi :p maybe ada yang dah terbaca dekat note facebook ( :

Friday, December 25, 2009

gadis depan laptop


gadis depan laptop
tersenyum girang
hampir hilang kelibat sepasang mata
sebaris gigi puteh mutiara terpamer
lesung pipit kecil di kiri pipi
walau tak jelas kelihatan
tapi..
cukup indah.
cukup sweet.

gadis depan laptop
ternganga luas tiga inci
lantas di tutup mulut yang telopong
selang detik dua tiga saat
ketawa terhambur lagi
hahaha!
cukup terhibur.
senyum diukir penuh seni.
berkali-kali.

gadis depan laptop
umpama di alam wonderland
bahagia sendiri
happiness sendiri
semuanya sendiri
tak kongsi-kongsi
hak milik cipta terpelihara!

gadis depan laptop
tak daya meneka
adakah mampu bertahan lama
Tuhan penentu segala.

gadis depan laptop
jadi begini
jadi begini hanya kerana...
kata-kata virtual di depan skrin..
aduh!




Friday, July 31, 2009

Hari Terakhir Bulan Ketujuh



Hari ini hari terakhir Julai.
Semalam tido sorang-sorang.
Esok nak balik kampung naik bus.
Lusa nak makan cempedak goreng dekat kampung.
Tulat dah balik KL smula.


August,
Tiada lagi tangisan.
Mari ubah mentaliti.
Mari buka hati luas-luas.
Moga ramadhan kali ini lebih bermakna.

Wednesday, July 1, 2009

.Aku rasa aku tak memilih.

Im okay
Im okay
Im okay
Im (not) okay.

Dia boleh pergi mati. Mati dr hidup aku.Syoohhh! Pergi jauh-jauh!
Dia tu good-for-nothing.
Harini dia boleh kata 'sayang'.
Esok2 dia kata boleh kata rasa tu dah hilang.
Hahahahaa
Lusa-lusa eh? dia dah ada 'yang lain'.
Konon caring pada 'yang lain'.
'Yang lain' tu rasa bersyukur tahap gila jumpa dia.
Oh. 'yang lain' taktau lagi true color dia.
Kesian 'yang lain'.

Dia ingat aku boneka?
Dia fikir dia hebat sangat?
Betul kata kawanku
Dia tak layak untuk aku.
Dia 'cacat'.
Dia siapa?
Aku siapa?

Hati,
Mari kita cari cinta baru.
Cinta yang bermakna.
Cinta yang bukan tipu-tipu macamni.

Im okay
Im okay
Im okay
Im (real) okay!