Wednesday, June 30, 2010

India dan China mana pilihan anda?

Betapa komitednya aku berhempas pulas menukar layout dan memberi sentuhan baru kepada belog ini.
Biar segar sket mata memandang. Of course pink la, my feberet color..hahaha.
Bukan mudah nak dapat aura @ semangat nak tukar benda remeh-temeh ni hahaha padahal banyak lagi benda aku perlu settlekan.

OK mari mulakan sessi tulis belog dengan dengar lagu Salam Sejahtera ( sungguh jiwang! )

Checklist need to be done berduyun tiba. Hal visa tak settle lagi. Surat invitation baru dapat hari ini.
Maybe esok atau jumaat boleh pergi ke India Visa Centre tu. Confirm aku sesat.
Oh AMEX pun belum dapat yang baru lagi..so tak boleh proceed dengan booking hotel n flight.
I need to call the p.i.c by tomorrow to update on the status.
Malasnya nak pegi Bangalore sorang-sorang lagi!
Nasib baik 5hari jer kali ni. (sangat nasib baik)
Tak abes cter pegi India, next month kena pegi Shenzhen pulak.
Yang ni bunyi mcm best sebab xpernah sampai lg,
tapi pun takut-takut berani sbb kena pegi sorang-sorang juga.

Ok, sekian dari cik lone ranger.
Signing off psal keje.

Saturday, June 19, 2010

come fly with me


i'll wake up and think of you, 
but that's no different from my normal routine. 
time doesn't matter. 
we're not looking to impress anyone with the amount of days we've spent together. 
it's how we feel and how i think about you at the same time. 
you give me butterflies with the smallest touch and make me smile just by talking. 
naive in other people's eyes, 
but it doesn't even matter.







Wednesday, May 12, 2010

Mari membuang customize template.

Saya dah delete template sedia ada.
sebab semua org susah nak komen.
saya taknak kawan-kawan kecik hati sebab tak dapat komen.
jadi kembali ke pangkal jalan guna default layout yang ada je.
ni je rasanya paling 'chomey' ore terengganu kata.
kawan-kawan, test la komen boleh ke tak.

aduhai, maaf belog ni memang sedikit terabai dan tak terjaga.
sebab saya lebih fokus kepada fan page saya.

Tuesday, February 23, 2010

Hilang

Kesian blog saya. Lama tak kena usik. Habuk pun dah berkati-kati. Jual laku tak agak-agak?
Akhir akhir ni saya hilang mood bekerja. Rasa macam nak tukar keje pun ada.
Motivasi diri hilang. Gone.
Tapi kalau tak keje, macamana makan, minum, pakai?
OK, tetap kena kerja. Kerja kan ibadat.
Tengok, nak tulis pun malas. Sampai di sini.

Wednesday, January 27, 2010

Because sometimes.

You just instantly click with someone. And you just like them all of a sudden for no real reason. And somehow everything about them is instantly wonderful - even just the way they breathe.

When this happens you make yourself do crazy things just to see them again. You’ll pass up on things you really wanted to do just for the opportunity to see them again.
Sometimes you can just tell someone is worth it, and if you don’t do everything in your power to reach out for them - you’re just wasting your time.




Tuesday, January 26, 2010

tentang hati tertumpah

tadi gelasku tertumpah
lantas ku capai kain tuala
lapkan dengan bersungguh
biar serapannya sempurna
hilang bau, warna dan rasanya.

tapi esok
bila hatiku tertumpah
mana bisa ku bendung dengan kain tuala
untuk hilangkan resah

bila hatiku tertumpah
bagaimana harus ku luah
tentang bau,
tentang warna,
tentang rasa yang takkan hilang

bila hatiku tertumpah..
tertumpah ke atas kamu.
bagaimana?

ketika aku kecil






ketika aku kecil
aku selalu hidup terpencil
aku lemah,
aku lembik,
aku kememe,
- kata mereka.

ketika aku kecil
bila mama selalu main sorok-sorok,
aku selalu menanges
"mana mama yakin...mana mama yakin"
aku tak pernah yakin,
- kata mereka.

ketika aku kecil
fairytale cinderella ku sangka reality
lantas ku coret diary dengan pencil
"cita-cita saya nak jadi tuan puteri"
- mereka gelak-gelakan.

ketika aku kecil
aku tak sabar untuk dewasa
punya jiwa sekuat sekarang
walaupun ada kalanya terkucil
sebab dek keadaan.

bila aku dewasa
tak mengapalah tak jadi tuan puteri,
asalkan akhirnya aku mampu berdikari
bina hidup sendiri
bukan selemah mana
bukan selembik mana

seperti aku ketika kecil.

Saturday, January 16, 2010

: )

kadang-kadang timbul rasa gundah tanpa arah
buat hati terkadang sampai parah
tapi bila kau temui
satu rasa 'istimewa' itu
semua gundah lesap
rasa indah kau kecap : )

Allah is always with you whenever you are..

percaya lah,
there's something special will happens when you least expect it.

Wednesday, January 13, 2010

Am kinda miss the smile. (tajuk takde kena mengena)

Arakian yakin telah berjaya dengan time management untuk harini. Maka setibanya di Westin pada jam 7.30malam, oleh itu terkocoh-kocoh Sam naik ke hotel untuk mengejar concall nya.
Kasihan sangat tragis dan terburu-buru untuk Sam arini. ( Sebenarnya saya sedang meletakkan diri saya dalam kasutnya ) waa..Tak tahan tak tahan tak tahan ( 'Laguku Untukmu' terus berkumandang dicorong telinga hati )
Memang sangat memenatkan tapi mungkin worth dengan apa yang dia earning sekarang.Namun untuk mengembirakan hati Sam, saya telah pun mengukir janji manis untuk memberi durian Segamat Terbaik kepadanya esok. Moga-moga durian tersebut berjaya mengalahkan durian yang dia beli dekat Jusco yang berharga RM50 untuk 6 ulas ( gila ke? )
Saya hanya terkinja-kinja untuk pergi ke Hong Kong dan tiap malam berdoa semoga boss saya yang baik hati hantar jemputan kehormat untuk saya ke sana tahun ini. Oh pasti indah! Adibah kata kali ni pasti dia akan ikut sebab Adibah loves HK! ( she quoted that in her blog) hihihi I like!
Saya mengharapkan minggu ini dan minggu depan merupakan ibadat saya yang berbaloi-baloi dan kerja saya dapat disettlekan dengan saksamanya. (walaupun saya blur-blur ayam nak belajar OID + SSO tu) .
Sam takut-takutkan saya kata OID rumit. Padahal kalau dia yang advanced dah kata rumit, apatah lagi amateur seperti saya. Mesti jadi rumit-pahit-perit-jerit.
Saya mengidamkan kereta yang boleh terbang untuk elak jammed dekat Kuala Lumpur ni.
Paling menyampah bila jammed, sebab saya akan bawa kereta secara paling ganas dan takde kesopanan dan kesusilaan. Hilang ciri kewanitaan saya sekejap. Jika tidak, sampai pisang berbuah dua kali pun saya tak sampai rumah ( eh kena ke peribahasa ni? ) . Hatta, saya mengawal diri untuk bersabar dan belajar untuk bersyukur dengan mengingatkan masa saya di Bangalore.Oh terus rasa nak buat sujud syukur!
Oh kenapa lah saya suka taip panjang-panjang. Tengok keyboard saya ni dah berkilat-kilat dengan jayanya.
(akibat jari saya yang cepat poloh-poloh).
OK. Sudah untuk hari ini. Selamat Malam Malaysia Tercinta.

p/s: canteknya baju nikah lia dalam citer 'Rahsia Hati' ( eyhhh..sempat lagi! )





Jumpa lagi dan Senyum lagi ya : )

masa itu emas

Tak baik bohong. Tapi sumpah boring dekat opiz arini.
Alamak mana incik Semangat bin Waja pegi?
Ok sekejap lagi meeting dekat Shah Alam, tolong jangan sesat sebab MASA ITU EMAS.
Kalau sesat nanti tak sempat nak balik dan terpaksa berdating dengan Incik Jammed.
Saya tak suka dia amat tak suka. TAK SUKA SAMPAI KIAMAT.
Jadi today is all about time management, di mana saya kena pickup Samuel dekat Westin, drive to Subang (which is dalam address stated Shah Alam - selalu buat yakin tertipu )  , catch up with meeting around 1.5hour.
Then I need to drive him back by 5.30 if possible because he needs to catch up for another con call at 8pm.
Amboi bunyinya saya seperi apa ya? Boleh jadi PA merangkap driver berkaliber ni. hahaha.
Tapi Si Sam ni amat baik - sebab kalau dia datang mesti dia belanja saya makan best2 ( Thanks Uncle Larry ) cuma cons nya tambah lah LEMAK dalam badan saya yang sedia BERLEMAK ni.

Psst...Hari ni dapat petua nak diet lebih baik. Epal hijau kena jadi sahabat baik kembali.

OK. Semoga misi berjaya hari ini.
Time Management!

Friday, January 8, 2010

laporan ramalan kaji cuaca

ramalan kajicuaca
kata aku kan jatuh cinta
oh tapi tak pula beritahu
dengan siapa...

jadi

aku berlari-lari dalam hujan
basah lencun tubuh ini
aku berjemur tengah panas
hitam legam kulit ini
untuk cari peluang
temukan si dia.

tapi aku yakin
si dia ada di situ
antara musim panas dan hujan
dia tetap statik di situ
takkan beranjak.
aku yakin.

time will tell...

by:: yakintan
28 December 2009


p/s: post last year tapi kurang ingatan nak post kat sini. hihihi :p maybe ada yang dah terbaca dekat note facebook ( :

Thank you thank you thank you!

Yess!
Resah sudah goneeee!!!

Oleh itu...........





















Mari Smileeeeeeeeeeeeeeee ! :D
(agak-agak berapa hari dia tak mandi ni? )


Maka boleh lah regang2kan otot, sapu losyen..sisirkan rambut..tepuk-tepuk bantal...
baring..pejam dan tido dengan lena.

Mimpi gegula satu!

Thursday, January 7, 2010

Sebenarnya





C'mon..percayalah.


Otak kata OK
Sebenarnya
(Psstt..) Hati bisik so-so je..
Bila resah itu datang hai mulalah..
Mata pandang TV
Tapi telinga dengar radio
Kau goreng ikan
Tapi tak letak minyak
Kau bersiram
Tapi guna syampu rambut (tak pedihkan mata)
Sebenarnya
Malaslah nak fikir
Malaslah nak peeling-peeling (feeling)
Namun bila kau cuba jadi pemalas demi kebaikan
Makin otak kau rajin offer diri untuk berfikir
Makin peeling itu singgah terus masuk ke hati
Ah benci!
Tak suka tak suka tak suka.
Sebenarnya
Kadangkala kau tak tahu kenapa
Kenapa perlu rasa tu datang menyapa
Cak! (peek-a-boo)
Rasa itu datang lagi.
Benci!

Harini langkah kanan.

Ya Tuhanku.
Perasaan nak muntah membuak-buak sebab banyak kali buat kerja extra hardworking nak tukar blog skin. (sambil menunggu menatang IDM ni di install ke dalam machine dengan kelajuan tahap kura-kura berjalan )
Lalu, end up dengan skin paling simple takde kerawang-kerawang bunga menjalar ke sana ke sini.
Aman mata memandang. Tak serabut. Polka dots and stripes always jadi idaman kalbu.
Hahaha gelak puas hati dan terus tetap pendirian tak payah tukar lagi.
Sebenarnya baru balik dari pantry. Gossip-gossip dengan Kak Siti lepas tu dapat makan roti jala extra dari meeting. Sememangnya langkah kanan sebab tak telan apa-apa lagi since tengahari ( err..ok.ok..adalah 3 keping biskut istanbul je buat alas meja perut ) . Orang kata bila lapar makan apa pun sedap.
Ternyata 5rolls roti jala dapat dilicinkan dalam masa 5minit. Alhamdulillah kenyang :B
Ok lah, masa dah time.
Nak balik rumah bujang yang sebenarnya macam rumah orang dah kawen tau :p
Malam karang ada masa blog ini akan dinaiktaraf lagi. 
Semalam baru subscribe Astro Mustika, malam ni mesti dapat layan.
Yippie!

Sepet itu seksi

Yakin has set her mind to make a little bit ordinary changes.
She really needs to do this.
Haha, selepas baca blog Hanis Zalikha, azam jadi begitu mengebu-gebu.
Segebu kuih tart nenas yang makcik hospital Segamat buat time raya. Yum yum.
Tahniah.
Azam kau memang selalu berhangat-hangat tahi ayam untuk waktu seketika kan?
Dua tiga hari bila tahi tu dah kering, kau kembali kepada tabiat asal.
And she thinks she will keep her senget-senget mindset towards her life untuk hidup yang non-stop ceria dan gorjes.
Oh, one thing as of today, she does realized yang 'sepet' itu rupanya 'seksi'.
Sungguh mengharukan.
Terima kaseh untuk sepasang mata yang sepet yang dihiasi bulu mata amat pendek dan jarang-jarang :B
Ok, Yakin nak tido.
Manusia kena bangun awal dari ayam.
Misi terimpossible akan bermula esok.

Wednesday, January 6, 2010

Straight from my heart

I want this magic.
Erratically needed
Straight from my heart
Please lend me the power.
I will return back once done
I beg you, only for once.

1   2   3
*  t i n g  *
It wipes away all those tears.
4   5   6
*  t i n g  *
It rids away all those fears
7   8   9
*  t i n g  *
Everyone gets happy again!

10
no more such *  t i n g  *
I don't need it anymore.
It's all yours now.


p/s: Kalau saya diberi magic, I would say with all my heart please give me an ability to wipe away all the tears and hardship yang semua orang alami, so that semua boleh hidup dalam keadaan bahagia dan gembira. Just because I love to see them happy. Oh, If I can do that.. I really wish I can do that

Tuesday, January 5, 2010

Song of the day - Tuesday

Handsome and Beautiful,
Sila dengar lagu ni bila malam semasa mata terkulat-kulat sebelum tido
mana tau boleh jadi lullaby then terus dapat mimpi gegula :D
sebab kalau dengar time buat keje nanti boleh buat tertido.
hihihi.
tapi lagu ni the melody is damn sweet (jangan dekatkan dengan semut) dan sangat romantika.
yep. lagu lama tp always be one of my favourite.
enjoy guys.






















seandainya kau ada disini denganku
mungkin ’ku tak sendiri
bayanganmu yang selalu menemaniku
hiasi malam sepiku
kuingin bersama dirimu
ku tak akan pernah berpaling darimu
walau kini kau jauh dariku
kan slalu kunanti
karena kusayang kamu
hati ini selalu memanggil namamu
dengarlah melatiku
kuberjanji hanyalah untukmu cintaku
takkan pernah ada yg lain
adakah rindu di hatimu
seperti rindu yg kurasa
sanggupkah kuterus terlena
tanpamu di sisiku
ku kan selalu menantimu

*courtesy of Dygta

Monday, January 4, 2010

knock knock 2010

duaribusepuluh,
kau buat aku berpeluh-peluh
lari-lari laju ke arah kamu
rona-rona warna merah di muka
lenguh-lenguh sendi urat saraf
cungap-cungap nafas
sebab nak nyahkan
duaribusembilan...
yang acapkali buat aku terkilan
macam dicucuk-cucuk dek paku tekan.
tak banyak pencapaian
cuma banyak kontroversi
yang rundumkan prestasi.
oleh itu duaribusepuluh,
mari kita bersungguh-sungguh
pakai pelita hati untuk suluh
biar azam jadi teguh
jangan biar jadi roboh
lagi..
dan lagi... :p


This is a bittersweet of life
Walk on with your scars, don't turn around 

Run until you see light, til you see light.
This is a bittersweet life...