Sunday, June 19, 2011

Suatu Masa

One of my fav song from M.Nasir. Fav song Dato' Siti Nurhaliza jugak rupanya. Same taste hahaha.
Very nice song & lyric.


Untuk 'someone' yang masih belum aku temui sampai saat ini.
Suatu masa nanti, insya-Allah.

Monday, June 13, 2011

Setahun berlalu

13th June 2011.
Ini bukan kisah raya yang setahun berlalu, tahun ni datang lagi. Cuma kisah ini dah gone forever.
Sebetulnya genap setahun hari ini, perlulah jadi hari yang sungguh indah dan boleh di sambut-sambut seperti orang lain selalu buat. Tapi aku bukan macam orang lain. Dan aku ingat , nasib orang berbeza-beza.
Kalau waktu begini seharusnya sudah mengecap impian setiap wanita dalam dunia ini, tapi kisah aku tergendala. Terkucil sedikit dan menghadapi ujian kecil. Tidak besar. Aku masih mampu bernafas biasa dan alhamdulillah, aku kuat walaupun aku tak minum MILO MENUM ANDA JADI SIHAT DAN KUAT.

Waktu ini aku rasa nak pinjam sayap burung kenari terbang ke awan duduk sendirian di celah-celah kepulan awan putih, bouncing-bouncing dari satu awan ke satu awan sambil menghirup udara nyaman di atas sana tanpa pedulikan apa yang berlaku di bawah. Yang penting hati berasa lapang dan happy :) Malangnya, please live in fact, so you wont dream too much.

Terima kasih untuk ayat dari seorang yang aku memang dah anggap macam abang aku sendiri, walaupun ni ayat trade mark bapak dia semasa dia pernah putus cinta dengan X-gf dia yang kat US dulu.

"Percayalah setahun dari sekarang kau akan berada dalam situasi yang amat gembira sampai kau bersyukur setahun yang lalu itu berlaku."
(tanpa suntingan, copy dan paste semata-mata)


Abg Joe you rawk me!

Thursday, June 9, 2011

Lagu Jiwang


Nafasku terhenti bila melihat dirimu...Ayok!!!
Ehem lagu jiwang ni macam sedap pulak selepas dengar 100x pun tetap sudi.
FYI, single terbaru daripada Nera AF9.
Enjoy
:)



Ini juga amat menarik! :D
by Taio Cruz

Wednesday, June 8, 2011

Yiehaa Yakin update blog!

Mintak maaf selaku follower sebab belog ini amat tak berjaga.
Akan berusaha untuk lebih komited terhadap belog ni, mungkin dengan kadar purata seminggu sekali akan dihapdate.
Kalau di lihat dari facebook memang aktif tahap gaban dan aksi-aksi Yakin lebih ceria la konon. Tapi jikalau dalam belog ini mungkin lebih dari hati ke hati dan ke hati dan ke hati. Banyak kan hati? Jadi sila hati-hati :p

Alhamdulillah untuk May yang ceriaful dan penuh dengan schedule. Yakin juga telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menconteng tangan-tangan bakal perantin. Ada kedai virtual di Yakin's Henna Service yeayea! :) Upacara potong ribbon masih belum dilaksanakan kerana belum ada sponsorship haha. Idea ini datang tiba-tiba apabila memikirkan cara untuk menjadi insan yang lebih berguna. Agak penat tetapi worth dan enjoy dengan apa yang dilakukan.
Terima kasih juga kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan tak pernah henti-henti.

Oh dan juga update terbaru dengan poem 'irama hati' dan 'aku perempuan cerewet itu'. Sudilah sekiranya baca dengan penuh perasaan dan tawaduk :p waaa Yakin dah pandai buat link-link promosi. Haha.

Tak lupa, untuk semua yang selalu dan tak putus-putus support Yakin dalam facebook, terima kasih tak terbelah bahagi dua campur tiga pecah lapan diucapkan. Yakin amat appreciate anda semua walaupun Yakin bukan artis.

Terima kasih banyak-banyak-banyak dari hati. :)