Thursday, July 23, 2009

.Bulan Ketujuh sebelum Bulan Kelapan.

Ampun dan maaf dipinta walaupun raya belum tiba.
Sungguh lama tak update blog.
Maklumlah agak bz (buat-buat busy).

Eh nak citer hal semalam boleh? Semalam seronok walaupun kaki dah nak tercabut bejalan-jalan melihat alam dengan cik adibah. Mesti lah seronok sebab port dia dekat masjid india. Kami dengan sewenang2nya telah tershopping baju raya. Padahal hajat sebenarku nak cari tudung sulam tangan tu je! Baju raya kali ni ala kadar je tapi mesti nampak menarik. Aku telah terbeli kaler hijau-biru-purple. satu adunan kaler dalam satu baju. ok la kan? nak tengok? suprisee! tunggu raya nanti. Baju raya keduaku, aku akan gunakan kain batik masa beli kat t'ganu kawen ain tahun lepas utk buat kain (kaler kuning gold). Nanti baju dia cari plain chiffon je untuk di mtachkan.Aku berangan nak buat kebaya kalau aku dapat jadi kerengga smula. Kebaya labuh yang sangat simple tapi mempamerkan kesopanan. Cutting mesti cun sebab mamaku yang jahitkan.

Oh tahun ni taknak 'membazir sangat' sebab nak 'membazir sangat' semasa ke Bandung nanti.hahaha.oh namun kena clear up dulu utang PTPTN.kalau tidak aku senasib dengan si Faizal Tahir.

Eh nak citer hal yang wiken lepas pulak boleh tak?? hehe sebab banyak tak update kan..korang layan je laa yer para followers :p owh sabtu lepas sangat teruja pegi tgk Malaysia vs Man Utd. Syiok laa tgk live. Tatkala aku tak pernah minat bola sebelum ini. Arakian dah terminat Man Utd plak sejak-sejak ni. Maaf kerana meramaikan fan MU ;p (matju mesti sangat bengkek jika dia membaca) hahaha.

Arini maseh berpuasa ganti. Maseh ada 4 ari untuk di bayar. Muka pun sememeh je. Badan lemah longlai. Padan muka. Sapa suruh tak ganti awal-awal. Balik taktau nak berbuka apa. Mungkin keluar dating bersama ika buka di luar. Yang pasti 'haram' makan fast food.

Kawan-kawan, jom laa soping raya awal-awal. Nanti dah masuk ramadhan agak payah nak soping :)

Kawan-kawan, raya jangan lupa datang rumah.

*Arini yakin agak ting tong asyik fikir raya je.*

No comments:

Post a Comment