Dengan yakin nya semalam ke pasar malam beli ikan.
Bukan untuk di goreng.
Ini ikan hidup untuk dipelihara.
Berlagak beli ikan emas. Nama pun dah 'mahal' , dah sah-sah payah nak jaga.
Dalam hati nak beli gapi, tapi gapi rating harga tinggi.
Nak beli laga, takut nanti di rumah asyik wujud suasana berlaga je dgn ika. kan ke tak baik.hihihi.
Oh malang memang tak berbau, pagi-pagi tadi dah kena buat suara lantang dekat maz yang tengah bersiap pergi keje, "Maz!!! Ikan aku dua ekor dah kiok!"
Confius.
Terkesima.
Takkan sebab jaga pokok mati, bela binatang pun nak mati.
Walhal niat dah cukup suci.
Aduhai tangan environmental ni tau.
Maka aku terpaksa mengebumikan 2 ekor ikan comel tu ke dalam tong sampah.
Sekali lagi petang tadi, setelah pulang dari keje, diyana dah tunggu depan grill pintu,
"Kak yakin, ikan mati lagi. Banyak!!!"
Alamak, seperti yang dijangka.
Setelah di kira dengan kalkulator semuanya ada 8 ekor yang dah mati.
Baki 11 ekor yang bernyawa.
Aku tak sanggup tengok ada yang terkorban lagi.
Walaupun kecil hanya seinci,
tapi itu melibatkan sebuah nyawa.
Hipotesis : Ikan takkan mati jika dapat oksigen yang cukup.
Hasil: Ikan mati.
Kesimpulan:
Ikan mati mungkin kerana tak cukup oksigen.
Ikan mati mungkin sebab tempat terlalu sempit.
Ikan mati mungkin sebab mereka ada sawan.
Ikan mati sebab tauke ikan bagi ikan saket.
Berdasarkan kesimpulan yang dibuat,
Tindakan: Segera pindah alih semua ikan-ikan ke dalam bekas yg JLP lebih besar.
Yang pasti, air dah anti-chlorine, makan dah bagi.
So, kalau mati lagi lepas ni?
Tauke ikan yang salah. :p
No comments:
Post a Comment