Mintak maaf selaku follower sebab belog ini amat tak berjaga.
Akan berusaha untuk lebih komited terhadap belog ni, mungkin dengan kadar purata seminggu sekali akan dihapdate.
Kalau di lihat dari facebook memang aktif tahap gaban dan aksi-aksi Yakin lebih ceria la konon. Tapi jikalau dalam belog ini mungkin lebih dari hati ke hati dan ke hati dan ke hati. Banyak kan hati? Jadi sila hati-hati :p
Alhamdulillah untuk May yang ceriaful dan penuh dengan schedule. Yakin juga telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menconteng tangan-tangan bakal perantin. Ada kedai virtual di Yakin's Henna Service yeayea! :) Upacara potong ribbon masih belum dilaksanakan kerana belum ada sponsorship haha. Idea ini datang tiba-tiba apabila memikirkan cara untuk menjadi insan yang lebih berguna. Agak penat tetapi worth dan enjoy dengan apa yang dilakukan.
Terima kasih juga kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan tak pernah henti-henti.
Oh dan juga update terbaru dengan poem 'irama hati' dan 'aku perempuan cerewet itu'. Sudilah sekiranya baca dengan penuh perasaan dan tawaduk :p waaa Yakin dah pandai buat link-link promosi. Haha.
Tak lupa, untuk semua yang selalu dan tak putus-putus support Yakin dalam facebook, terima kasih tak terbelah bahagi dua campur tiga pecah lapan diucapkan. Yakin amat appreciate anda semua walaupun Yakin bukan artis.
Terima kasih banyak-banyak-banyak dari hati. :)
chaiyok2, yakin~!! ^^
ReplyDelete