Friday, July 6, 2012

Tentang Hari Ini

Izinkan aku ke langit sebentar 
Dibalik pekat malam ini
Berjumpa dan berbisik pada sang bulan
Ceritakan segala tentang hari ini


Tentang dia yang menakluki segala rasa
Tentang dia yang kerap kali muncul di ruang minda
Tentang dia yang menawan 
Tentang dia yang budiman
Tentang dia yang penuh gaya
Tentang dia yang magik seperti ahli silap mata
Tentang dia yang selalu buat aku terleka
Tentang dia yang selalu buat aku senyum penuh suka
Tentang dia yang selalu buat aku tersipu malu
Tentang dia yang selalu buat aku bermimpi indah
Juga tentang pandangan matanya yang simpan seribu makna

Cerita segala pada bulan tanpa rahsia
Sebelas sebab kenapa dia sungguh istimewa
Biar cahaya kau jauh lebih terang malam ini
Seri dan cantikkan seluruh alam ini


Kalau aku ini 'ubat' segala
Kau pula 'penerang' segala




p/s: 
Kamu
Kamu selalu buatku tersenyum sendiri  : )



NT 
Moment 5 Julai 2012



1 comment: