Saturday, August 1, 2009

Yang benar-benar sahaja.


Kalau ada yang benar jujur
Kalau ada yang benar ikhlas
Kalau ada yang benar setia
Aku akan benar terima dia seadanya.
Tak tipu.
Tapi aku selalu ditipu.

Bila mana jodoh yang mungkin benar jodoh aku lepaskan.
Jodoh yang bukan jodoh aku layankan.
Hasilnya kecewa berulam hampa.
Hati pedih aku balut dengan ketawa
Hidup sepi aku riuhkan dengan kawan-kawan
Hidup mesti diteruskan.

Bohong aku tiada berharap.
Berharap untuk jodohku yang sebenar.
Berharap untuk punya pendamping.

Bohong aku tak cemburu dengan kawan-kawanku.
Punya hari tunangan yang meriah.
Menjadi raja sehari yang gemilang.
Muka persis bidadari akibat limpahan cahaya kebahagiaan.

Hari ini pagi 1 Ogos 2009
Aku buka hati lagi.
Belajar buka hati walau hati tinggal saki baki.
Moga-moga tak tersalah pilih lagi.

Untuk soulkeeper hidupku,
Kau tak perlu jadi christiano ronaldo untuk tawan hatiku.
Hargai dan hormati aku sebagai seorang wanita.
Itu sudah amat memadai.

5 comments:

  1. kepada yang berminat, borang telah di buka.
    hahaha sila muat turun sendiri.

    ReplyDelete
  2. ~ aku cuma nk jd carrick..bukan ronaldo..slah ke?huuhuh ~

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. ronaldo?? wt*tut*...hihihi...jgn pandang belakang - jgn pandang ronaldo dah! carrick ok wat...kite syorkan berbatov mata cun melecun gitu...wes brown comel gile!! kiko n rooney taken n will never be given back, harap maklum...

    ReplyDelete
  5. hahha skrg suma komen psl sajak ni berkaitan MU..wakakaka

    ReplyDelete