Tuesday, September 15, 2009

.Bila Raya Menjelma Lagi.


Hai lama tak dihapdate blog ni. kesian. maklumlah masa tak berapa nak bagi permission untuk merapu sejak akhir-akhir ni. kejap je puasa sebulan dah nak abes. begitu juga dengan bulan ramadhan yang akan berlalu pegi. tiba pula syawal menjengah masuk (yeah yeah). puasa kali ku kira agak tak membazir. jika tidak tahun-tahun lepas jika mengikut nafsu tak terkawal aku, mau ku beli juadah berbuka umpama untuk 10 org berbuka.mama kata makan dah rupa anak jin dalam citer ahmad albab. hahaha. lepas makan pening2 lalat. Puasa kali ni puasa sebagai seorang matang kurasa. Berbuka ala kadar. Tak mengada-ngada lagi. Buka sorang2 pun ku tak kesah. Malas ku nak berkira tentang dengan siapa aku berbuka. Nanti makan hati lagi :) aku belajar bersyukur dengan keadaan apa yang ada. Dan alhamdulillah setakat ni tak pernah putus nikmat makanan untuk berbuka.

Esok bermula cuti rayaku. Hati memang dah lompat2 nak balik segamat. Walaupun segamat takde apa, tapi tetap sebagai kampung yang terhebat untuk aku pulang beraya.Sebab? bukan sebab durian yer kawan-kawan tapi sebab semua family dan sedara mara aku ada dekat situ.Kat situ laa aku temukan kegembiraan dan kemeriahan semasa raya :) ramai kata aku cuti awal. sebab 1st memang aku nak elak jam. sebab 2nd, banyak aku nak buat balik awal ni. yer la rumah tak bekemas lagi. baju raya tak try lagi. kut-kut kurus sket baju dah longgar kan dah kena alter lagi :p hahaha..psstt raya ni pkai kebaya.tapi tak tau laa cukup ramping ke tak. ah, nanti tunggu kan photo raya je eh :) plus berangan nak buat kuih raya sejenis dua if time permits. Insya Allah. Bila facebooking tadi arman tanya pasal open house, terfikir plak nak buat open house utk budak-budak segamat. lama tak reunion sesama.Tapi tiap tahun diorg memang rajin datang umah aku. Tapi jauh di sudut hati aku tau tujuan utama nak makan 'kek batik' aku buat :p kalau flashback semula tragedi raya dua tahun lepas berturut-turut, buat aku rasa kelakar. teman-teman terdekat tau laa pasal hal tu. Mohon tahun ni takde terjadi lagi. Ataupun kalau yang datang tu biar lah yang sebenar-benarnyaa..ponat dah eden ni.

Ah rindu nak beraya sama-sama teman universiti dulu. Teringat zaman majlis raya ambil gamba reramai.gelak tawa reramai.makan satay ketupat rendang reramai. meriah. sangat meriah. semua ku simpan sebagai kenangan indah. Tersemat kemas dalam hati ni. :)

Sekang dah lain. suasana raya pun dah lain. ramai kawan-kawan aku dah kawen. ada juga raya kali ni dah jadi seorang ibu dan bapa. beraya sebagai sepasang suami dan isteri. berpakaian sedondon. sweet kan :) aku masih takde rezeki untuk merasai suasana tu. suatu hari nanti mungkin... :)
namun aku masih rasa hebat beraya bersama mama dan papa, yasmin dan adik, pakcik makcik,sepupu2 comelku. itu saat paling berharga yang aku amat hargai.

Buat semua followers blog ni, aku ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga selamat pulang ke kampung halaman terchenta. Sebagai seorang manusia yang serba kekurangan, ku mohon ampun salah dan silap andai tersinggung perasaan, terkasar bahasa, atau ada perkara yang tak menyenangkan berlaku sepanjang kita kenal. Senyum! Senyum! Hari dah nak raya! :D jumpa after cuti raya eh :) love ya all!

p/s: kaki-kaki sapa laa tu ? ;p

3 comments: