Friday, January 13, 2012

When I See You

Tajuk : When I see You


Kerana kamu
Aku masih kembara
Mendamba kasih paling setia
Tanpa satu saat putus asa

Biarlah sendiri untuk sementara
Senyap-senyap simpan mimpi ini
Di balik-balik jiwa yang luka
Yang aku pasti ada pengubatnya

Because nanti,
When I see You
Aku percaya kau penyaman udara
Yang sejukkan hati gundah gulana

When I see You
Aku tahu kaulah bintang sembunyi
Yang punya cahaya paling indah
Untuk suluh hatiku
Hati yang sungguh penakut
Untuk berkongsi lagi

Puisi ini bukan puisi semata
Moga suatu hari kau terbaca,
Encik Jodoh bin Takdir



See you soon!


p/s: Ilham tajuk dari seorang sahabat tapi diperap lama akibat ilham contentnya entah ke mana. Akhirnya, ini hasilnya :p

No comments:

Post a Comment