Tuesday, February 28, 2012

When I See You II

When I see you
badan seolah jadi ringan terapung
terawang-awang di ruang  udara
bagai hidup di angkasa lepas

When I see you
aku rasa mahu jadi jurugambar
curi-curi tangkap wajah kamu sepanjang masa
tayangkan di semua suratkhabar

When I see you
aku rasa umpama tertelan madu
maniskan hidup yang selalu tawar
sihatkan hidup yang selalu sakit

kerana when I see you
kau tenteramkan seluruh jiwa
dunia jadi aman seketika.

No comments:

Post a Comment